KOMUNITI

 

PENINGKATAN TARAF HIDUP MASYARAKAT

PNB bekerjasama aktif dengan kerajaan dan badan-badan organisasi lain bagi menambahbaik dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Dalam menangani risiko dan keperluan sosial yang utama, PNB turut memberi sumbangan dalam bidang pembangunan komuniti, perubatan dan kesihatan, aktiviti keagamaan serta seni dan budaya.

ANTARA SUMBANGAN KAMI

PEMBANGUNAN KOMUNITI

Skim Perumahan Teratak Semai. Sebuah projek yang dibiayai oleh PNB bagi memenuhi keperluan asas Orang Asli Semai di Tapah, Perak.

PERUBATAN & KESIHATAN

Sumbangan PNB telah disalurkan bagi menaik taraf dan membeli peralatan baharu untuk Unit Hemodialisis Mentakab, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

ZAKAT PERNIAGAAN

PNB komited dalam melunaskan tanggungjawab berzakat untuk disalurkan kepada golongan asnaf menerusi negeri-negeri di mana PNB dan ASNB beroperasi.


SENI & BUDAYA

PNB menyumbang kepada inisiatif "Art in the City" CENDANA (Cultural Economy Development Agency); iaitu paparan seni luaran yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai landskap seni dan budaya Malaysia.