UNIT AMANAH

 

PELABURAN HARTANAH NASIONAL BERHAD

Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB), sebuah anak syarikat milik PNB, telah ditubuhkan pada 21 November 1988 untuk mengurus amanah pelaburan hartanah (REIT) sebagai alternatif kepada unit amanah tradisional yang berasaskan ekuiti yang diuruskan oleh ASNB. PHNB adalah Pengurus kepada Amanah Harta Tanah PNB (AHP), sebuah REIT yang tersenarai di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad. PHNB turut mengurus sejumlah hartanah milik Kumpulan PNB yang terdiri daripada bangunan pejabat, bangunan komersial dan pusat data. Pada masa ini, PHNB mengurus lebih daripada 20 hartanah dengan ruang sewaan bersih kira-kira 4 juta kaki persegi dengan jumlah nilai aset melebihi RM2 bilion.

AHP telah dilancarkan pada 21 Mac 1989 dan merupakan salah satu daripada dana amanah hartanah yang terawal di Malaysia. AHP kemudiannya disenarai di bursa saham Malaysia pada 28 Disember 1990.

2005 menyaksikan peristiwa penting dalam industri unit amanah apabila Garis Panduan Amanah Pelaburan Hartanah (Guidelines on Real Estate Investment Trusts) telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi menggantikan Garis Panduan Tabung Amanah Hartanah (Guidelines on Property Trust Funds) yang secara langsung merupakan penjenamaan semula (property trust fund) kepada REIT.

Ketahui lebih lanjut dari laman web rasmi kami.

LAYARI PHNB