Mengenai Kami

 

Tinjauan Korporat



Pada 9 Januari 1978, Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) ditubuhkan untuk menggalakkan pemilikan modal saham oleh masyarakat Bumiputera dalam sektor korporat Malaysia selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan salah satu syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM343.1 bilion (pada 30 November 2022). Portfolio PNB merangkumi pelaburan-pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian, hartanah dan pendapatan tetap.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat pengurusan unit amanah PNB dengan 32 pejabat cawangan dan lebih 2,700 cawangan ejen seluruh negara. ASNB kini mengurus 17 dana unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun.

Bermula dengan pelancaran dana unit amanah pertamanya pada 1981, ASNB kini menguruskan 17 dana unit amanah yang terdiri daripada 6 dana berharga tetap dan 11 dana harga berubah.

UNIT AMANAH HARGA TETAP
UNIT AMANAH HARGA BERUBAH

Prospektus Induk ASNB bertarikh 1 Februari 2020, Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus Induk Tambahan Kedua bertarikh 1 April 2023, Prospektus Induk Tambahan Ketiga bertarikh 1 Disember 2023, Prospektus ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 16 September 2020, Prospektus Tambahan Pertama ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus Tambahan Kedua ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 1 April 2023, Prospektus Tambahan Ketiga ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 1 Disember 2023, Prospektus ASN Equity Global bertarikh 1 September 2021, Prospektus Tambahan Pertama ASN Equity Global bertarikh 1 April 2023, Prospektus Tambahan Kedua ASN Equity Global bertarikh 1 Disember 2023, Prospektus ASN Sukuk bertarikh 25 November 2022 dan Prospektus Tambahan Pertama ASN Sukuk bertarikh 1 April 2023 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang (www.asnb.com.my) cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.