Mengenai Kami

 

MENGIMBAU PERJALANAN LALU

Perjalanan PNB juga mencerminkan evolusi sosioekonomi negara – bermula dari menawarkan peluang kepada masyarakat Bumiputera untuk mengambil bahagian secara aktif dalam ekonomi negara, diikuti dengan pelbagai peluang untuk meningkatkan kekayaan semua warga Malaysia. Sepanjang empat dekad yang lalu, berjuta rakyat Malaysia telah memberi kepercayaan mereka kepada PNB, membolehkan kami melabur wang mereka dalam pelbagai syarikat yang membentuk korporat Malaysia hari ini. Menuju 40 tahun ke hadapan, kami berpandukan visi kami untuk menjadi firma pelaburan distinktif bertaraf dunia.