Mengenai Kami

 

MAKLUMAT KORPORAT

PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. Sepanjang empat dekad yang lalu, PNB telah berkembang menjadi syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia. Mengekalkan fokus kepada mandat kami, kami berusaha memperkayakan kehidupan Bumiputera dan semua rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.

Mandat Kami

Untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara.

Matlamat Kami

Mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

Manifesto Kami

Di PNB, kami wujud untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi. Kami menghubungkan
harapan mereka pada hari ini, demi merealisasikan impian mereka untuk hari esok.

Kamilah yang menyatukan setiap rakyat Malaysia, membimbing dalam perjalanan kita bersama
menuju masa depan kewangan, kekayaan dan kebijaksanaan yang lebih sejahtera.

NILAI-NILAI KAMI

BERANI
(BOLD)

Kami berusaha memberi yang terbaik melangkaui aras tertinggi.

BERTANGGUNG
-JAWAB
(RESPONSIBLE)

Kami mengambil akauntabiliti dan melakukan apa yang kami janjikan.

TANGKAS
(AGILE)

Dalam dunia yang berubah pantas, kami mara penuh cergas.

BERWAWASAN
(VISIONARY)

Pandangan jauh dan kepakaran kami, menginspirasi masa depan yang lebih gemilang.

MEMPERKASA
(EMPOWERING)

Kami bekerjasama dan menyokong satu sama lain bagi mencapai tujuan yang sama.